PENUBUHAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUADZAM SHAH

Tang­gal 31 Mac 2001 meru­pakan tarikh yang amat berse­jarah bagi Mak­tab Ren­dah Sains MARA, Muadzam Shah. Ini ker­ana pada tarikh terse­but, Mak­tab Ren­dah Sains MARA Muadzam Shah telah sela­mat diras­mikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sul­tan Pahang, Sul­tan Ahmad Syah Ibni almarhum Sul­tan Abu Bakar.

Majlis terse­but dim­u­lakan den­gan sambu­tan ketibaan Duli Tuanku den­gan paluan kom­pang dan barisan para pela­jar di kiri dan kanan jalan, diiringi lagu "Allah Sela­matkan Sul­tan Kami". Sebelum majlis peras­mian dijalankan, Tuanku Sul­tan Pahang telah berke­nan untuk memeriksa per­barisan Kawalan Kehor­matan Diraja yang ter­diri dari­pada seo­rang dan dua puluh enam anggota Kadet Polis Diraja Malaysia MRSM Muadzam Shah.

Baginda kemu­di­an­nya berangkat ke Dewan Budi­man den­gan diiringi oleh tetamu-tetamu kehor­mat untuk meneruskan upacara peras­mian. Selepas itu, baginda telah menanam sebatang pokok seba­gai tanda kenang-kenangan. Baginda dan semua jem­putan kemu­di­an­nya men­jamu sel­era di khemah yang telah disediakan.

Upacara selan­jut­nya ialah lawatan Duli Tuanku ke Mak­mal Bestari di Pusat Sum­ber Pem­be­la­jaran dan sek­i­tar pem­ban­gu­nan pen­tad­bi­ran MRSM Muadzam Shah. Majlis ini berakhir kira-kira pada pada pukul 12.30 ten­gah hari den­gan keberangkatan pulang Duli Yang Maha Mulia Sul­tan Pahang.